Rotate your screen


				
				    	Our Facilities & Activities

Manjakan diri anda dengan

Our Facilities & Activities

Hotel 5 bintang kami yang unggul serta-merta dikenali sebagai salah satu permata dalam sektor penginapan di Kuala Lumpur. Kami menawarkan 100 bilik penginapan yang mengagumkan, restoran pemenang anugerah terkemuka dan Dewan Besar. Kami turut menyediakan perkhidmatan dan kemudahan tambahan yang istimewa untuk memastikan penginapan anda mencatat kenangan manis yang tidak dapat dilupakan.

Complimentary Shuttle

Kemudahan

Perkhidmatan Perniagaan

Business Centre yang dilengkapi bilik mesyuarat untuk 6 orang, tiga meja kerja dengan akses Internet jalur lebar serta perkhidmatan setiausaha turut disediakan.

Dibuka (Isnin – Jumaat) dari 7 pagi sehingga 11 malam

Sabtu, Ahad & Cuti Umum – 10 pagi sehingga 6 petang

Kemudahan

Swimming Pool

Dikelilingi oleh landskap yang menghijau, kolam renang InterContinental Kuala Lumpur terletak di Aras 5.

Para tamu boleh berenang, berjemur atau menikmati minuman sejuk dari Pool Bar. Bersantai sambil membaca dengan selesa di kawasan kabana-kabana berbumbung bersebelahan kolam renang.

Kolam renang dibuka dari jam 7 pagi hingga 9 malam setiap hari.

Kemudahan

Spa

Terletak di Aras 5, Sompoton Spa menawarkan suasana ala zen dan pelbagai jenis terapi dan urutan. Para tamu boleh memilih Terapi Urutan, Rawatan Badan, Muka, Tangan dan Kaki serta Koleksi Khas untuk rawatan individu atau pakej spa.

Para tamu yang menginap di InterContinental Kuala Lumpur akan diberi diskaun 15% bagi rawatan terpilih dan beberapa rawatan spa tertentu boleh diadakan di kamar hotel. Sompoton Spa dibuka dari jam 10.30 pagi hingga 11 malam dan digalakkan membuat temu janji terlebih dahulu.

Dibuka setiap hari dari jam 10.30 pagi hingga 11 malam. Untuk tempahan dan pertanyaan, sila hubungi +60 3 2161 0939 atau +60 3 2161 0930

Kemudahan

Fitness Center

Bagi mereka yang mementingkan kecergasan, Fitness Center yang terletak di Aras 5 InterContinental Kuala Lumpur dilengkapi peralatan mesin kardio dan senaman terkini.

Fitness Center dibuka dari jam 6 pagi hingga 10 malam setiap hari.