Rotate your screen


				
				    	Luxurious and Stylish Guest Rooms

Luxurious and Stylish Guest Rooms

Option of preferential accommodation with our spacious, luxurious and stylishly designed 473 guest rooms. Free Wifi available in all guest rooms and public areas.

Special Announcement:

The Royal Malaysian Customs Department (“RMCD”) is imposing a tourism tax of MYR10 per room per night for stays at accommodation premises in Malaysia which includes our hotel. The tax will apply to applicable stays from and on 1 September 2017. Tourists who are not Malaysian nationals or permanent residents holding a MyPR card will be required to pay the tax upon check-out.

Promosi

Promosi & Pakej

Mengenai Kami

InterContinental Hotel Kuala Lumpur, Malaysia

InterContinental Kuala Lumpur, located in the heart of Kuala Lumpur city’s prominent KLCC address, is an ideal destination for business and leisure travelers. The international hotel presents a finely tuned blend of elegant hospitality and deep connections in a dynamic city.


			
			    	InterContinental Kuala Lumpur

About

InterContinental Kuala Lumpur

Ibarat sebutir permata di tengah ibu kota Kuala Lumpur, lokasi InterContinental Kuala Lumpur sangat strategik dan hanya memerlukan 10 minit berjalan kaki ke Menara Berkembar Petronas dan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) menjadikannya destinasi berprestij untuk para tamu yang datang melancong atau berurus niaga. Dengan khidmat bas ulang-alik percuma dan lokasinya yang bersebelahan Stesen LRT Ampang Park, para tamu boleh mengunjungi pusat membeli-belah dan hiburan dengan mudah. Hotel kelas pertama ini dianugerahkan sebagai salah satu 5 hotel terbaik bagi kategori Penginapan dan Pengalaman Luar Biasa oleh Anugerah Platinum Hospitality Asia 2013 - 2015.

Sebaik melangkah ke lobi, para tamu pasti terpesona dengan keindahan reka hias hotel yang diilhamkan daripada keindahan batu-batu permata. Keselesaan dan kemewahan terserlah dalam kesemua 473 bilik yang direka khas, terutama 110 bilik Grand Premier yang baru diubah suai. Dilengkapi pancuran dan tab mandi berasingan, siaran TV antarabangsa di TV LCD 40 inci dan meja kerja yang ergonomik dengan akses internet percuma. Antara sentuhan mewah yang lain ialah menu bantal, stesen dok iPod, hab multimedia dan kemudahan premium yang lain.

Nikmati percutian yang hebat di Malaysia bersama InterContinental Concierge. Kakitangan kami yang ramah sentiasa bersedia membantu anda untuk mengenali dan mengunjungi destinasi pelancongan yang menarik di sekitar Kuala Lumpur yang sememangnya sangat unik dan tidak dapat dilupakan.


			
			    	Rooms & Suites

Exclusive

Rooms & Suites

Terletak di tengah pusat bandaraya, kami menawarkan pilihan penginapan terbaik untuk para tamu yang datang melancong dan berurus niaga dengan menyediakan 473 bilik yang luas, mewah dan bergaya, termasuk 110 bilik Grand Premier dengan perabot warna semulajadi berciri moden dan peralatan elektronik terkini.

Discover Our Rooms & Suites

			
			    	World of Weddings

InterContinental

World of Weddings

Raikan majlis perkahwinan impian anda dengan bantuan pengurus majlis perkahwinan kami yang berdedikasi dan berpengetahuan luas daripada semua hotel InterContinental di serata dunia. Di InterContinental Kuala Lumpur, pasukan perunding majlis perkahwinan kami sentiasa bersedia memberi khidmat nasihat berkenaan menu, hiasan, tema dan sebagainya. Dengan tiga tema pilihan, majlis perkahwinan anda pastinya menyerlahkan ekpresi unik dari segi keanggunan romantik dan sofistikated secara eksklusif.

Start Planning Your Wedding

			
			    	Meetings & Events

InterContinental Kuala Lumpur

Meetings & Events

InterContinental Kuala Lumpur diiktiraf sebagai salah satu tempat pilihan utama yang menyediakan kemudahan mesyuarat dan persidangan di Kuala Lumpur. Dari awal, kakitangan kami yang berpengalaman akan memberi khidmat yang cekap dan pantas untuk menyediakan pakej mesyuarat dan acara yang paling sesuai mengikut keperluan anda. Yakini kecekapan kami dalam menguruskan semua aspek mesyuarat atau acara anda dengan penuh ketelitian sehingga selesai.

View Our Meeting Rooms

			
			    	Dining

InterContinental Kuala Lumpur

Dining

Nikmati hidangan bertaraf dunia di restoran-restoran kami yang beranugerah. Tao Chinese Cuisine, yang baru-baru ini diiktiraf antara 5 Hidangan Asia Terbaik oleh Anugerah Platinum Hospitality Asia 2013 - 2015, menyediakan hidangan santapan Cina tradisional dengan sentuhan moden yang digemari ramai. Tatsu Japanese Cuisine disenaraikan dalam Panduan Restoran Terbaik 2014 Malaysia Tatler. Diterajui oleh MasterChef dari Jepun, Tetsuya Yanagida, nikmati hidangan Jepun asli yang bermutu tinggi dan segar dalam persekitaran kontemporari dan minimalis.

Antara pilihan restoran lain termasuk Serena Brasserie yang menyediakan sajian bufet beraneka hidangan tempatan dan antarabangsa; atau OneSixFive untuk nikmati minuman teh atau koktel di hadapan air terjun tropika, ataupun nikmati bir di Bentley’s Pub, bar yang berciri Inggeris tradisional.

View Our Outlets

			
			    	Facilities

InterContinental Kuala Lumpur

Facilities

Kemudahan rekreasi yang tersedia termasuk kolam renang yang dikelilingi landskap kehijauan, pusat kecergasan yang dilengkapi dengan peralatan kardio dan senaman terkini, serta Sompoton Spa untuk menjalani sesi urutan dan terapi yang menyegarkan.

See All Facilities

		#InterContinentalKL

In The Know

#InterContinentalKL